Nota Jutawan, Nota Perniagaan Online

Tip, teknik dan strategi yang terbukti berkesan daripada pakar perniagaan online.

Nota Jutawan - Nota Perniagaan Online
 

 

Kenal Irfan Khairi?

Agak pelik jika anda seoarang usahawan tapi tidak mengenali beliau.

 

Beliau merupakan  seoarang mentor jutawan yang patut anda follow jika anda seorang usahawan.

 

Saya mula mengenali beliau ketika saya tingkatan 3. Waktu itu, parent  saya ada beli buku beliau iaitu Nota Jutawan, Nota Motivasi. Pada mulanya saya ambil sikap tak peduli sebab waktu tu kan tahun PMR. Kena fokus untuk PMR. Latihan yang cikgu beri pun masih bertimbun-timbun. Ada pula masa saya nak baca buku Irfan Khairi ni?

 

Tapi, sampailah PMR dah habis. Duduk rumah, tak tahu nak buat apa. Saya pun mula “menggatal” untuk selongkar buku-buku yang ada kat rumah.

KLIK SINI untuk teruskan membaca…

1,287 total views, no views today

Contest Review Lynk.my 2015

Peluang Jana Duit Online Percuma Dengan Lynk.my

Tahun 2015 ini, saya nampak semakin banyak ruang dan peluang untuk buat duit secara online. Tapi cuma tinggal diri kita, sama ada nak atau taknak. Orang yang berjaya, dia akan buat tanpa beri banyak alasan. Percaya atau tidak, orang yang gagal, dia berazam ingin turut menggagalkan orang yang ingin berjaya.

 

Tak faham tak apa.

 

Lynk.my everywhere

 

Sebenarnya saya nak ceritakan tentang potensi yang boleh anda give a try dengan Lynk.my ini. Kenapa saya suruh anda cuba?

KLIK SINI untuk teruskan membaca…

4,758 total views, no views today

Kami Tidak Minta Dihina

Nota Editor: Catatan ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Aishah di Facebook beliau. Saya kongsikan semula di blog ini dengan izin dari penulis asal. Semoga ia dapat memberi manfaat untuk anda.


Kami Tidak Minta Dihina

 

Dapat panggilan dari pihak RHB bank.

 

Soalan pertama. “Cik Aishah boleh luangkan masa 3 minit utk mendengar maklumat terbaru dari saya?”

Saya jawab “Boleh.”

 

Dan dia teruskan secara keseluruhannya tentang plan insuran dari RHB selama 5 minit lebih (saya timing masanya  😛 )

Selepas dia habis, baru dia bertanya “Cik Aishah berminat?”

Saya jawab “Maaf. saya tidak berminat.”

“Atas alasan apa kalau Cik Aishah tak kebertan utk beritahu saya?” Tanya dia.

“Komitmen saya dah banyak. Dan saya tak mampu nak adakan komitmen bulanan lagi.”

 

Dia terus bercakap “Takpe Cik Aishah. Kalau Cik Aissha tak nak pun takpe. Sebab saya kena beritahu maklumat ini pada puan. Nanti boss saya marah.”

Saya tersenyum. Hambar dibalik corong. Dan saya cakap

KLIK SINI untuk teruskan membaca…

860 total views, no views today

Apa Yang Saya Belajar Daripada Seminar Harimau Menangis?

“Unleash The Tiger In You!”

Sabtu Minggu lepas saya pergi Seminar MB2000 jadi crew. Sabtu baru-baru ini (17 Oktober 2015) pula saya jadi peserta, tapi  di Seminar Harimau Menangis. Mesti anda pelik dengan nama seminar ini? Ini seminar tentang apa? Seminar tentang Industri Bola Sepak Malaysia ke? Seminar tentang Maybank ke?

 

BACA juga : Apa itu Harimau Menangis?

 

Ini seminar untuk orang bisnes yang perlukan bantuan, mentor dan ilmu bagi memecah sebarang halangan untuk berjaya. Walaupun anda seoarang yang postif sebenarnya tak cukup untuk anda tempuh tekanan hidup, cabaran serta ujian dari masa ke semasa.

selfie-seminar-hmkl

 

“Life is not a problem to be solved, but a reality to be experienced.”

– Soren Kierkegaard

 

 

Jika anda orang bisnes, anda akan tahu yuran pendaftaran untuk seminar yang OHSEM kebiasaan yang paling murah pun RM50. Tapi cuba anda teka untuk Seminar Harimau Menangis ni?

KLIK SINI untuk teruskan membaca…

2,983 total views, no views today

Pengalaman Menjadi Crew Seminar MB2000

Semalam (10 Oktober 2015), saya berpeluang untuk menjadi crew seminar MB2000. Alhamdulillah, seronok sangat!

BACA juga : Apa itu MB2000?

Pengalaman menjadi crew seminar MB2000

Seminar MB2000 ni berlangsung di Premiera Hotel, Kuala Lumpur. Siapa lagi yang jadi speaker untuk seminar ini kalau bukan sifu Faisal Abdullah. Seminar ini dah kali ke – 4  dan terakhir untuk tahun ni. (Tu la kan dah rugi siapa yang tak hadir seminar MB2000 untuk tahun ni, kena tunggu tahun depan pula ya)

 

 

Saya sendiri pernah menjadi peserta seminar MB2000 di Johor Bahru pada 24 April 2015. (Masih baru lagi!) Tapi ternyata, seminar kali keempat ini di KL lebih ramai berbanding di JB. Peserta kacak & cantik yang hadir lebih kurang 800 orang. Crew pula dalam 40 orang.

 

Seminar MB2000 kali ini, sifu Faisal Abdullah ada tambah lagi beberapa modul yang lebih fresh dan memudahkan peserta untuk lebih faham. Antara modul yang saya suka dalam seminar kali ini ialah Monyet & Pisang. Haa, menarik bukan?  Mungkin nanti saya akan buat artikel lain khusus untuk cerita berkenaan Seminar MB2000 baru-baru ini.

 

KLIK SINI untuk teruskan membaca…

2,392 total views, no views today

Seringgit je

Nota Editor: Catatan ini telah dikongsikan oleh Puan Anis Cmc di Facebook beliau. Saya kongsikan semula di blog ini dengan izin dari penulis asal. Semoga ia dapat memberi manfaat untuk anda.


Dulu saya mula belajar bersedekah di tempat kerja saya kerana peminta-peminta derma ni suka sangat beramai-ramai ke ruang legar ofis saya. Setiap hujung bulan atau hari gaji mesti mereka sampai. Macam tau-tau saja… (dalam hati saya).

Seringgit je
Gambar Hiasan // LAWATAN DARI UNIKOP

Mula-mula saya buat donno je, buat-buat tak faham. Maklumlah kerja hebat lah sangat..tapi ‘tak berapa cukup’..

Dalam hati berkata, Allah tak marah kot kalau tak bagi, sebab untuk keperluan keluarga pun tak cukup. Lagipun itukan derma, bukan paksaan, kena bagi dengan ikhlas hati kan…

KLIK SINI untuk teruskan membaca…

1,290 total views, 1 views today